Perjalanku terus laju meluncur ke Batu Feringgi bersama abah, katanya ada hal yang hendak hal nak diuruskan, aku pun tak pasti dan hanya patuh dengan segala arahan abah, tambahan pula keretanya berada di salah sebuah hotel disana.
'cam mana project gambar tu..?', Tiba-tiba abah membuka topik.
'erm, biasa je, semua berjalan dengan lancar je bah, kenapa..?' Soalku seketika,
'takde lah, saja abah nak tau je, ha..hari tu pergi KL g mana? Puncak Alam prgi tak ?' Dengan selamba ja abah menyoalku,
'erk,! ari tu ada pergi la kejap bah..kenapa bah..?' tersentak aku dengan persoalan pelik abahku itu.
'pergi sana buat pa? jumpa sapa..?' abah semakin serius dengan persoalannya
'...........! ' aku diam..
abah tersenyum melihat aku semakin gelabah, dan tiada jalan keluar untuk aku menepis segala persoalan tajam abahku. Hampir 20minit aku diam seribu bahasa, dan pada masa tu lah banyak abah ceritakan banyak pengalaman dan benda yang aku tak pernah terfikir pun dan aku tak terfikir untuk abah memahami dan bercerita dengan aku didalam hal hal sebegini, dibenakku mungkin dia lebih pakar didalam hal-hal sebegini, al-maklumlah..abah dah hidup hampir 40 tahun lebih, dia pun pernah rasa apa yang aku rasa kot. Memang aku kalah dengan topik ni.. ternyata abah hebat! lagipun kalau tak silap aku, nenekku pernah cerita kat aku, abah aku dulu nakal, sama macam aku.
Sesampainya di destinasi, tiba tiba abah memberikan sekeping envelope,
'apa ni bah? ' aku bingung.
'abah dah tahu semuanya, abah sengaja buat buat tak tahu, jangan tipu abah..' abah tersenyum.
aku tak tahu apa yang yang abah maksudkan, tetapi aku faham segalanya dan selepas itu aku sendirian merenung jauh ke tengah lautan, dan aku segera meneroka isi warkah pemberian abahku itu.. secara tenang, aku teliti membacanya..
Jika kamu memancing ikan… Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu banyak memberi harapan kepada seseorang… Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu… Mengasihanimu… Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal…..
baik baik sayang
kerna aku untukmu..
kerna aku untukmu..
sorry. :|
=)
:)