hujan tanpa henti, seolah pertanda..
'argh, lebat betul hujan!'
aku melihat kearah aina yang masih nyeyak tidur di sebelahku, perjalananku pada mulanya hanya dari penang ke kuala lumpur atas urusan menghantar barang hantaran ke rumah saudaraku di sungai buluh, tapi lain pula jadinya.
'aina taknak pergi sana lagi!' rayu aina kepada ibunya.
dipendekkan cerita aku difahamkan dimatrikulasinya ada la seorang mamat ni yang selalu menganggu aina disana, sampaikan aina menangis nangis teruk, mana taknya, di fecebook, di matrikulasinya aina dituduh difitnah, hinggakan ramai yang memulaukan aina disana. Kesian aina, ada juga lelaki sebegitu ye, dah orang taknak, biar je la, asal nak paksa pulak, dalam kes ni, memang berbeza dengan kes aku sebelum ini, aku masih ingat lagi, aku menagis di mcD sungei wang setelah aku menerima mms yang bagiku cukup tersirat maknanya, dan kerana mms itulah aku bangkit walaupun aku cukup sakit ketika itu.
'arip, aku tak tahu nak cakap pa dah, tp aku nak ang tahu, kami memang takkan tinggalkan ang..'
masih kuat ingatan kata kata bad, kamal dan izzat. memang aku terdiam ketika tu dan ketika itulah mataku terbuka luas untuk membezakan siapa kawan dan siapa sahabat, aku tak tahu harus bagaimana aku hendak luahkan dengan kata kata, walaupun mereka sudah buntu memujuk aku, mereka cuba menghiburkan aku hanya dengan lawak bodoh yang tak seberapa, tapi itu cukup untuk buat aku tersenyum kembali. Lantaklah apa yang orang nak kata, kadang kadang, tak semua yang kita mahu kita dapat. pengalaman mengajar kita untuk lebih matang.
'aina exam bila? balik la sana balik, nanti boy belanja eskrem nak? baskin robbin punya! serius ni!' aku cuba memujuk aina
'eleh, macam la banyak duit sangat' sahut aina sambil mengesat airmatanya dan tersenyum kembali.
'abg boy, nanti tolong hantar aina ye,lepas tu kamu pergi jumpa budak yang kacau si aina tu, makcik tau tak la apa nak jadi dah ngan si aina kamu ni, exam dah dekat' pinta makcikku
'erk!, tapi......'
'alah, tolong la, makcik ada meeting esok pagi, nah rm500 ni, tak cukup cakap, nanti makcik bank in lagi.'
entah mengapa aku diam sahaja ketika itu walaupun aku tahu penatku masih belum hilang dengan perjalananku tadi, bila difikirkan balik, biarlah lagipun si aina tu pendiam orangnya, memang dia tu jenis tak tahu bercampur dengan orang ramai.
keesokan pagi itu, aina mengetuk pintu bilikku,
tok! tok!
'ye...kejap!' sahutku,
'cepat la abg, nanti lewat sampai pulak...'
'tula, sapa suh balik rumah lagi, kan dah susahkan orang..' rungutku dalam keadaan mengantok..
'taknak hantar takpelah! aina balik naik teksi!' sambil buat muka mucung sotong
setelah bersiap aku turun ke bawah, ku lihat aina menarik muka masam, aku terus buat muka tak tahu dan terus ke tidur di sofa.
'aina! lapaq la, pergi la buat roti bakar kejap'
'taknak!' jeritnya sambil membuat muka sotong lagi.
.........................................................................................................................................................................
perjalanku terus menuju ke lebuhraya MRR2 dengan bantuan garmin, sememangnya aku tak agak blur dengan jalan jalan di KL. dalam perjalanan itu aina sibuk menanyakan aku segala pasal tentang DSLR, aku cuma melayan kerenah aina yang adakala seperti kanak kanak, kalau itu yang boleh buat aina gembira, apa salahnya?
'abg tak penat ke hantar aina ni?' soal aina
'entah la, kalau penat pun abg kena hantar jugak aina kan?' sahutku
'kesiankan kat abg, kalau bukan sebab aina, abg tak penat'
'tula, boley abg tidoq kat rumah, haa aina, sape budak yang kacau aina tu hah?'
aina mula diam, dari air mukanya aku dapat menbaca ada yang tersirat yang mahu disampaikan, belum sempat aku bertanya lagi airmata membasahi pipi gebu aina, memang perangai aina ni manja, tak dapat disangkalkan lagi, aku diam dan membiarkan aina menagis hinggalah aina tertidur didalam hujan lebat. sabar la aina, perjalanan kita masih jauh...
aina punya kerja..but i really luv it~
aina, jangan menagis lagi okey~
belajaq elok2 naa, nnti kita dating
makan baskin robbin lagi ~
belajaq elok2 naa, nnti kita dating
makan baskin robbin lagi ~


0 Response for the "Cheritaa aina najiha.."
Post a Comment