pergh! cepat masa berlalu, sedar tak sedar semester 2 bakal tamat hanya beberapa hari lagi kot..hee~aku sebenarnye nih ya amat busy gila anjing project last semester, tambahan pulak dengan subject core industrial design nih, oh, cakap pulak pasal industrial design ni kan, ade gak orang request kat aku suh citer skit binatang pe yang dinamakan industrial design nih kan? orait lah, untuk kamoo..aku spend la masa skit untuk story skit pe yang aku belajar nih..
DRAWING
langsi wa cakap sama lu, ini subject wa tarak sukaa maa!~ inilah drawing punya subject, wajib untuk aku untuk ambik subject nih, ia juga merupakan ala ala fondation bagi student yang nak jadi designer. aku sebenarnye tak berapa suka dengan subjek nih sbab aku tak reti melukis sangat ala-ala fine art nih, means art tu cam giler detail lah, kat sini kita bley blaja tone, shadow, lighting suma lancau..ha satu lagi yang aku tak suka subject nih sebab timing kelas dia, pergh!! seminggu ada 3 kelas, and satu kelas straight 4-5 jam...penat woo!!
nih lah artwork aku, aku pakai subject matter cendawan, tapi jadi macam bunga.. -_-"
inilah hasil kerja aku dan classmate yang lain, aku punya paling buruk n lecturer selalu perli aku, sobs~
ini saiz A1 beb, gila susah nak control...
yang nih pulak aku sketching atas A3 punya kertas..
kerja sekolah, kalau tak kul 3-4 pagi tu, aku dah tidoq, mmg pelik, kos aku memang tido lewat, tak sanggup tak yah!
ini pulak menatang pa main gan sirap? haa..ini lah dipanggil mix media..satu kerja yang aku just pakai color nature untuk hasil kan artwork yang baik mengunakan coal..
ini pulak dinamakan...hehe, aku lupa drawing nih pe nama dia...tp drawing nih nak kita study pasal quality of line..pe benda quality of line? haa..search sendiri google...hahaha
roomate aku nih dah boleh capai tahap mahadewa punya artwork, aku sendiri pun belum tentu boleh hasilkan cam nih pun artwork...
INDUSTRIAL DESIGN I
ini jugak merupakan subject core selain subject drawing tadi, dan subject ini jugak aku paling stim berbanding subject subject lain..sebab? subject ini dah banyak mengajar aku untuk berfikir secara waras secara zahir dan batinnya... selain itu, subject nih jugak mengajar dan mengasah skill mengorat gadis gadis yang dikalangannya part 4, part 5 and part 6 mahupun lecturer aku sendiri hee.. aku pun tak tahu kenapa aku best dengan subjek nih sedangkan subject inilah yang dikatakan paling ngeri untuk semester 2. sebab? ini kerana, bila aku nak design sesuatu product atau pun ape ape, ia mestilah berlandaskan hukum hudud ergonomic, material, dan segala bagai..subject nih jugak memerlukan skill skecthing dan juga model making yang power untuk terus survive, memang aku akui, kadang kadang aku rasa aku sangat down bila tgok orang punya skill lagi power dari aku, dan subject nih mengajar aku untuk terus kuat dan tercetuslah kata kata hati baru iaitu, "kau jangan fikir kau dah cukup power, ramai lagi yang super power dari kau!'' so, secara autometiknya ia mengajar aku supaya jangan cepat membesar besar diri dan ego! tak guna pun sebenarnya ego nih, memang betul pe mak aku pesan dulu, ego tu tak best cam naik motor ego, ianya bagaikan macam karipap yang masin dengan garam, lagi dimakan, lagi tak sedap! (pe bende tah aku ngaruk nih). dipendek kan cerita, jom makan karipap tgok gambar!
inilah skeching aku yang tak seberapa, yang pakai sugar paper tu sorry! aku tak master guna pensil putih mahupun warna kelabu, coklat dan sebagainya..
selain marker, kita jugak boleh pakai soft pastel untuk rander kasi sketches lebih lagi gempak!
haa, yang paling best subjek nih lagi, aku kena buat hampir 50 ideation skeches untuk final projek, celako betoi!
exploded view, yang nih nampak mmg cam sedap cam eskem, tapi tuhan je tahu susah! so kalau nak master binatang nih, pastikan mastering dulu perspective!
sebab aku tak siap render, so aku terpaksa main ngelat dengan merender atas dinding demi menjaga nama baik keluarga.. (ada kaitan k?)
project untuk semester ini aku diberi task untuk menghasilkan satu design walkie talkie. dan aku juga memilih tema rescue untuk aku punya walkie talkie, so aku kenalah hasilkan walkie talkie yang memenuhi keteria untuk rescue team.tggu post sterusnya, nnti aku post next story pasal binatang nih... sebenarnya aku dah settelkan segala mala skechting ideation, technical drawing suma lancau tu, dan sekarang dah ke model sebenar, ianya berjalan dengan begitu baik, aku memilih kayu jati untuk menjadi asas utama dalam model disebabkan ianya mudah dan tidak terlampau keras, binatang nih still under contruction, ada lagi 70% kot, dan yang pastinya aku dah cam orang gila buat model tu sebab assessment 21/4/2011.. tak lama dah tu...takut takut!
CONCLUSION
kos ini jugak diharamkam memakai pembaris dan semuanya hanya free hand! memang sumpah sial time aku first kat sinih..but skrang aku dah boleh terima dan byak bnda aku belajar kat sini....banyak lagi subjek industrial design lain, rendering, hisrory art, autoCAD.. semua kredit jam aku 20jam, amacam? best tak? HAHA..gila tak gila mmg tu la hakikat...busy tu membuatkan aku melupakan sumua cherita sedih dalam hidup aku, tak kisah la aku heppy k, moody k, sumua aku selitkan dalam sketch book aku, aku anggapkan itu sebagai diary aku, cey~ ape apepun, aku memang enjoy je dengan aku sekarang, tak pernah sesaat aku menyesali apa yang aku kecapi sekarang, oh ye, ramai orang tanya aku, industrial design nih nak kerja pe pulak? jangan risau, kalau kau power, nanti kerja cari kau... industrial design cam cam kerja lain, ada iklan kat paper, tv, internet dan sebagainya.. designer ini sebenarnye low profile skit, tak de org tahu pun, but ramai org cari, cube aku tanya soalan, steve job dah buat macbook pro, tapi sape eh designer macbook pro? haa...tepuk dahi fikir sendiri naa... agak agak la kan, tanpa designer tu macbook pro terhasil tak? aku bukan nak cakap besar, tapi dah ada batch lecturer aku dah sampai ke audi di german dan yang latest ni dah ada orang malaysia dah nak masuk ke lamborghini..bangga beb! anak malaysia dari universiti teknologi mara dah sampai sana, tak de org tahu cerita nih kan? tapi itulah hakikatnya, dan itulah juga yang menjadi perangsang aku sampai sekarang, kat mesia nih ramai sangat cakap art tu just orang yang melukis ditepi jalan or smthing else.. tapi itulah mesia, tak cam kat europe, diorang lebih mghargai art berbanding malaysia..
ini baju rasmi industrial design..dari kiri mirul, hafiz, aku, amin, yang penyibok pakai baju purple tu ku rusydi
roomate aku, classmate aku, yang cam cina tu zaim, belakang tu amir...
part time aku buat tuisyen, hee.. kadang kadang hampir 20 orang masuk dalam bilik aku nak belajar autoCAD, duit beb, takyah cakap la..kos industrial design nih memang makan duit, so pandai2 la nak hidup...hee!
nih time trip suma classmate aku ke waterfall tupah, dengan uitm aku tak jauh pun dalam 30km kot, but we prfer to walk je...ngeri tak? haha
satu lagi kerja aku kat sini adalah melalak bersama member member aku, kadang kadang memang tension jugak buat kerja cam orang gila.. so inilah caranya nk lepaskan semua cherita sedih, time aku sedih, aku nyanyi lagu sedih, time aku gembira, aku nyanyi lagu hepy, smpai roomate aku pun dah masak dengan perangai aku, dan secara autometiknya mereka tahu apakah rasa hati aku time tu, hehe dan ini aku record 2-3 hari lepas kot, time nih aku tak tahu aku sedih ke aku happy, tapi aku mmg kusut gila... aku pun tak tahu kenapa, tapi yang aku tahu...she had to say to me that 'im gonna find someone someday who might actually treat me well..' pergi la nak pergi cari sangat... aku tak kisah, 10 kali aku lebih syangkan mak aku..sebab aku pun rasa selama nih memang aku dah banyak mengalah untuk kamu walaupun tak tahu aku tak salah..jangan risau, aku dah lama maafkan kamu dan carilah yang 10 kali lebih baik dari aku, supaya kamu tidak bosan..^o^
jika memang diriku bukanlah menjadi pilihan hatimu, mungkin sudah takdirnya kau dan aku takkan mesti bersatu..
aku bukan kayu,
aku cuma ada hati yang satu,
bukan untuk di sakit pilu,
kenangan lama, bialah ia berlalu..
kamu kamu, dan aku aku...

















0 Response for the "Ini Cherita Aku"
Post a Comment